PERJUMPAAN AJK KOMUNITI AMPANG.
TARIKH: 24 FEBRUARI 2009 (SELASA)
MASA: 7 PETANG HINGGA 11 MALAM
TEMPAT: DEWAN KULIAH HPA CAWANGAN AMPANG
Satu perjumpaan ramah mesra telah diadakan di dewan kuliah HPA Ampang diantara PJS, AJK Komuniti Ampang dan para pengedar dengan tujuan untuk memantapkan lagi kerjasama semua pengedar di komuniti Ampang.
Mesyuarat telah di adakan selepas solat maghrib berjemaah. Di antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jualan HPA Cawangan Ampang, cara untuk aktifkan semula semua pengedar yang ada di komuniti Ampang dan program-program di cawangan yang boleh menjana sumber kewangan kepada Kelab.
Sepertimana biasa, Program Kelas Mingguan telah dimulakan tepat jam 9:00 malam dengan satu semangat yang baru hasil dari kesatuan fikir dengan berkat mesyuarat yang telah diadakan sebelumnya.
![]() Kami Sedia Berjuang |
![]() Memperkenalkan HPA |
![]() Pemimpin Berwawasan |
Kelas mingguan kali ini telah dipantau oleh PJS bertugas yang terdiri dari PJS Hj Zainal dan PJS Ramly. PJS Ramly telah mengendalikan modul “Pengetahuan Produk” dengan membentangkan tentang kelebihan Shark cartilage; sementara PJS Hj Zainal telah menjelaskan tentang Pelan Pemasaran yang diamalkan oleh HPA.
![]() Menerangkan Manfaat Shark C |
![]() Terima Amanat Pemimpin |
![]() Kami Juga Ingin Berjaya |
Sepertimana biasa, PJS Hj Zainal telah bermurah hati menyediakan hadiah-hadiah berupa minuman Cola Radix kepada para peserta yang pertama kali hadir dalam kelas mingguan tersebut.
Mereka yang hadir rasa gembira dan berpuashati kerana dapat menimba banyak ilmu yang bermanfaat untuk dijadikan “peluru” untuk menembak “bakal-bakal prospek” yang mereka akan jumpa.
![]() Tiru Macam Saya |
![]() Minum Jangan Tak Minum |
![]() Kami Akan Gempur |
Majlis telah ditamatkan tepat jam 11:00 malam dan hadirin telah dijamu dengan minuman “Mai Secawan” oleh pihak pengurusan cawangan dan senyuman kegembiraan dari Pengerusi Komuniti HPA Ampang kerana berjaya menghidupkan suasana kelas mingguan dalam keadaan ramah mesra.
![]()
BARISAN PJS KOMUNITI HPA AMPANG
![]() Herbalis INTIBAH |
![]() Diam Diam Berisi |
![]() Lama Dalam HPA |
![]() PJ dlm 1 PBC |
AJK KOMUNITI HPA CAWANGAN AMPANG
| BIL | STATUS | NAMA PENUH | NO. TELEFON |
| 01 | Pengerusi | Hairunizah Othman | 012-2467325 |
| 02 | Setiausaha | Nadzrah Binti Hadzrami | 012-2130373 |
| 03 | Bendahari | Puan Azizah bt Johari | 016-2074626 |
| 04 | Pengarah Program | PJ Herbalis Md Nizam Yusop | 019-6407640 |
| 05 | Unit Latihan | Herbalis Mohd Nazri Bin Sobi | 012-3837278 |
| 06 | Unit IT | Mahthir bin Maarof | 017-6591356 |
| 07 | Unit Promosi | Abdul Manan Bin Abdullah | 013-2330012 |
KELAS MINGGUAN HPA AMPANG PADA 16-DIS, 2008
YYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
![]() Mesra Bersama Pengurus |
Pengurus Cawangan
Hamidah bt Musa
Eksekutif Cawangan
Zalikha Yusra bt Che Abdullah
Siti Khawariyah bt Abdul Hadi
Siti Zainab bt Abd Razak
Nurul Saadiah bt Abdullah
No.Tel :- 03 – 4297 2657
Fax :- 03 – 4297 2657
Emel: hpa_ampang@yahoo.com
![]()
































