Pembukaan RFC Shahab Perdana, Alor Setar

long_line_6401

Pada 7 Feb 2009, HPA sekali lagi mencatat sejarah dengan pembukaan RFC Cawangan Alor Setar yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Azizan Abd. Razak; Menteri Besar Kedah Darul Aman.

MB Kedah hadir sebagai perasmi RFC

MB Kedah merasmikan pembukaan RFC A Star

Seramai hampir 1,000 orang hadir pada majlis perasmian tersebut. Tetamu VIP yang hadir terdiri daripada beberapa Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Majlis Panel Syariah HPA iaitu Ust. Ahmad Ali termasuk 29 orang pelabur RFC.

Di antara PJS yang hadir adalah PJS Hafidzan (Presiden KPA), PJS Azizan (Presiden KPU), PJS Aseniah, PJS Jamaliah, PJS Hj. Jamaluddin, PJS Mat Khatib, PJS  Zaini dan ramai lagi.

Antara 'leader' HPA yang hadir

Antara Pemimpin HPA yang hadir

Difahamkan sebanyak 6,000 ketul ayam organik telah  diedarkan kepada hadirin yang hadir pada hari pertama operasi RFC Alor Setar. Tetamu yang hadir sangat teruja dan berpuas hati dengan hidangan RFC. Menteri Besar  Kedah juga meminta Exco yang berkenaan dapat memberikan kerjasama kepada HPA Industries Sdn Bhd.

Bangunan RFC Alor Setar yang tersergam indah

Bangunan RFC Alor Setar yang tersergam indah

Apa yang menarik, warna oren telah menjadi ‘trademark’ RFC  yang baru bagi menggantikan warna merah [IFRIT] yang menimbulkan kontrovesi sebelum ini.

Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail Ahmad juga telah mengumumkan pembukaan 10 lagi cawangan RFC di seluruh Malaysia pada tahun 2009.

Sokongan dari hadirin sebagai pemangkin semangat

Sokongan dari hadirin sebagai pemangkin semangat

Sabar menanti hidangan ayam organik

Sabar menanti hidangan ayam organik

long_line

One Response

  1. bila lagi rfc nak buka di melaka…kempunan aku nak makan

Leave a Reply