KATA ALUAN PRESIDEN KPA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, blog Kelab Pemimpin AlWahida (KPA) dapat diwujudkan. Tahniah kepada Koordinator dan saya mengharapkan dengan kewujudan blog ini, KPA dapat menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan HPA dan kelab pemimpin dengan cepat kepada para ‘leader’ serta ahli-ahli KPA disamping menggunakan perkhidmatan SMS. InsyaAllah, banyak maklumat-maklumat akan dimuatkan di dalam blog ini dari masa ke semasa.

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada PJS-PJS yang telah dilantik sebagai AJK KPA dan telah diamanahkan mengikut portfolio masing-masing. Saya mengharapkan dengan perlantikan ini, satu momentum baru dapat dizahirkan dalam membentuk kepimpinan serta pengembangan sayap HPA di Zon Tengah dan Selatan. KPA akan terus berusaha dengan mengatur pelbagai program supaya semangat ini tidak akan luntur disamping memantapkan ilmu di kalangan ahli-ahli. InsyaAllah.

Mudah-mudahan usaha murni kita dalam memperjuangkan produk-produk halal dan baik untuk ummah ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Bertolonglah kamu berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaannya.” (Surah al-Maidah, ayat 2). Wassalam.

PJM Hafidzan Faudzi (Presiden KPA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: