Jemputan ke Majlis Sambutan Aidilfitri HPA di Cawangan Rawang.

Komiti HPA Rawang dengan kerjasama Kelab Pemimpin Al Wahida dan HPA Zon Tengah akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu 17 Oktober ini bermula jam 7.30 malam sehingga jam 10.30 malam.

Sehubungan dengan itu penyelaras program PJS Jamaluddin Yeop Majlis mewakili KPA dan Komiti HPA Rawang menjemput semua ahli pengedar HPA di Zon Tengah untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Jemputan terbuka kepada umum.

Mereka yang belum menjadi ahli HPA juga dialu-alukan untuk menikmati juadah yang disediakan oleh komiti Rawang.

Antara menu yang disediakan ialah Nasi Impit, Kuah kacang, Mee Kari, Laksa, Roti jala, Kari Daging, Rendang Daging, Lemang, Air Sirap Roselle, Teh Tarik Manjakani, Kopi Radix dan kuih-kuih raya serta buah-buahan.

Semua PJS KPA diwajibkan hadir.

Antara aturcara:
Ucapan Pengerusi Komiti Rawang Prof Madya Dr Ishak Suliaman.
Ucapan Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi
Ucapan AGM/Pengurus HPA Zon Tengah Pn Siti Hazliana

%d bloggers like this: