MAJLIS IFTAR

TARIKH: 6 OGOS, 2009            MASA: 7:00 MALAM

TEMPAT: HPA RAWANG

Majlis iftar bulanan kali ini diadakan di dewan kuliah HPA Rawang. Kehadiran disekitar 60 orang termasuk AJK Komuniti Klang, AJK Komuniti Nilai dan lain-lain lagi.

Program dimulakan dengan Majlis berbuka puasa sunat Nisfu Syaaban dengan buah kurma, kuih dan minuman kopi radix dan kodial pegaga. Selepas solat Maghrib para hadirin menyambung makan Nasi bungkus yang disediakan oleh katering. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan bacaan Yasin beramai-ramai.

baca yassin1 Muslimat HPA

Saya sampai ke majlis iftar ketika solat isyak berjemaah sedang berlangsung. Ketibaan saya agak lewat kerana di sebelah petangnya saya ke hospital putrajaya untuk melawat adik. Alhamdulillah, sempat juga berjemaah dan membaca yassin.

Majlis selepas itu telah di pengerusikan oleh PJS Hj Mohd Sahir; selaku ketua unit kebajikan dan kerohanian. Majlis taklimat dimulakan dengan tazkirah oleh Prof Dr. Ishak Hj Suliaman yang mengingatkan semua yang hadir tentang betapa kita semua perlu mensyukuri nikmat Allah yang banyak semasa kita dalam kesenangan sebelum datangnya kegawatan yang berpanjangan seperti dalam kisah Nabi Yusuf A.S.

Pengerusi Majlis drishak hafidzan-wl

Dr Ishak juga menyatakan; perkataan HALALAN WA TOYYIBAN ada terdapat dalam 4 ayat di dalam Al Quran. Pentingnya makanan yang halal lagi baik ini kerana ia menjadi perkara utama dalam usaha untuk membangunkan ummah ini seperti yang diberitahu oleh Imam AlGhazali “Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna; berikanlah ia makanan dari rezeki yang halal sejak ia lahir. ….”

IMG_0168 Iftar Muslimat
IMG_0170

long_line_6402

MAJLIS IFTAR DI HPA NILAI

TARIKH: 04 JULAI, 2009 : MASA: 7:00 MALAM

Buka Puasa Iftar1

Alhamdulillah.. Majlis berbuka puasa bersama PJS Lembah Klang berjalan lancar seperti dirancang. Selepas iftar dan solat maghrib berjemaah, majlis dsambung dengan bacaan Surah Yassin diikuti dengan jamuan makan malam beramai-ramai.

Selepas Solat Isya’ berjemaah, perbincangan antara PJS dimulakan. Antara perkara yg dibincangkan adalah berkenaan Majlis Konvek yang akan diadakan pada 25 Julai 2009.

Majlis ini juga bersempena majlis kesyukuran perlantikan PJS Baharudin bin Jantan, Kepulangan 3 Herbalis Cawangan Nilai dan Ustaz Radzi keluar dari hospital dan telah sembuh.

long_line_6402

MAJLIS IFTAR & RAI PJS BARU

TARIKH: 11 JUN, 2009 : MASA: 7:00 MALAM : TEMPAT: HPA B B BANGI

Sesiapa Pun Bole Hadir

Sesiapa Pun Bole Hadir

Dari Lmbh Klang & Luar

Dari Lmbh Klang & Luar

Alhamdulillah, ramai gak yang datang. Tak semestinya yang poso yo datang untuk iftar; tapi belajar2 la poso…REJAB dah dokek. Bilo lai nak amal poso 3 bulan.

Memulakan Mesyuarat

Memulakan Mesyuarat

Duduk Dalam Bulatan

Duduk Dalam Bulatan

long_line_6402

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: