TARIKH: 16 OGOS 2009
TEMPAT: RUMAH REHAT BENTONG
Alhamdulillah, program hari kedua dalam PBC di Bentong ini dimulakan seawal jam 4:30 pagi dengan modul QIAMULAIL yang diketuai oleh Ustaz Shukri dari Batang Kali.
 Qiamulail |
 Kuliah Subuh |
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
TARIKH: 15 OGOS 2009
TEMPAT: RUMAH REHAT BENTONG
Alhamdulillah, minggu ini saya ingin memberi tumpuan kepada PBC yang diadakan di rumah rehat Bentong. Kali ini saya dapat menghantar 4 orang untuk menyertai kursus usahawan herbalis ini. Sebahagian besar peserta PBC kali ini di datangkan dari Kuala Lumpur dan yang lainnya dari penduduk di sekitar Bentong.
Seramai 40 orang telah mendaftar, kebanyakannya pelajar-pelajar dan orang muda. 18 orang peserta terdiri pengedar lelaki.
Pemimpin-pemimpin yang hadir terdiri daripada PJS Aznin, PJS Ramly, PJS Fatin, PJS Radiyati, PJ Syed Bahri disamping pemimpin tempatan PJS Zaimah dan AJK komuniti HPA Bentong.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
TARIKH: 11 & 12 APRIL 2009

Juru Acara Majlis
Alhamdulillah, seramai 22 orang telah mengikuti kursus PBC kali ini anjuran Komuniti HPA Bentong yang diketuai oleh PJS Zaimah Abdul Kadir.
Sepertimana biasa, peserta wanita melebihi peserta lelaki
Pemimpin-pemimpin yang turut hadir untuk menjayakan kursus PBC kali ini termasuk PJS Hafidzan, PJS Fatin, PJS Rosmandi, PJS Radiyati dan PJS Ramly.
Peserta sangat berpuashati dengan aturcara majlis dan mereka dapat menimba ilmu yang dicurahkan oleh pemimpin-pemimpin semasa kursus dijalankan.
Kumpulan Centella White yang terdiri dari Cikgu Syakirah [Ketua Kumpulan], Shima, Sabariah, Satariah, Siti Zaliha, Adilah dan Attirah; telah diumumkan sebagai pemenang keseluruhan sepanjang kursus PBC ini dijalankan.
 Ucapan Terima Kasih |
 Sessi LDK |
Saudara Abdul Halim dari kumpulan Wahdah telah terpilih sebagai peserta lelaki terbaik, sementara cikgu Syakirah telah dipilih sebagai peserta wanita terbaik.
 Teman Sejati |
 Teman Sejati |
 Kumpulan Wahdah |
Kursus ini berakhir dengan bacaan doa dari Ustaz Shamsuri dari Tg Karang, Selangor; Timbalan Kadhi yang juga telah menghantar anak-anak buahnya untuk sama-sama menyertai kursus PBC kali ini.

AJK Komuniti HPA Bentong & Peserta PBC
Like this:
Like Loading...
[…] PBC BENTONG […]