Fikir2

11-SYARAT MOHON AGEN STOK

10-TAZKIRAH

09-JAWATAN KOSONG

PEJABAT PENTADBIRAN ZON SELATAN memerlukan calon yang berkelayakan dan berpengalaman bagi mengisi kekosongan jawatan berikut : KLIK DISINI UTK BERITA LANJUT

08-SUAMI PJI NORHAYATI MENINGGAL

Ucapan takziah diucapkan kepada PJI Pn. Norhayati Yunus [NPB:000002] kerana pemergian suami beliau iaitu Allahyarham En. Abdullah kerahmatullah pada petang 08hb FEB 2009 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang.

07-BELAJAR BINA WEB & BLOG

MarI beLAjar binA Web & BLoG

06-CERITA PASAL BABI …

DAH BERAPA EKOR KITA MAKAN ???

05-GULA007

klik dan baca cerita …

04-TABUNG KEMANUSIAN PALESTIN

KPA (Kelab Pemimpin AlWahida) melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin dan memohon setiap Kelab dan Komuniti mengambil inisiatif ini dengan menubuhkan Tabung Kemanusiaan Palestin masing-masing.

03-HIJRAH?

Sedang saya driving pulang dari program di Bandar Tun Razak, saya dikejutkan dengan satu insiden yang saya rasa malu sangat. BACA SETERUSNYA

02-KESAN KOPI RADIX PALSU -Harian Metro {November 2008}

PRAI: HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara. Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak KLIK UNTUK BACA CERITA HANGAT INI…

KKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

01-SKIM CEPAT KAYA @ KAYAP

Akhir-akhir ini telah muncul individu tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan nama HPA mewujudkan skim cepat kaya. Mereka menawarkan keuntungan yang tidak logik atas jumlah pelaburan tertentu. KLIK UNTUK BACA CERITA LANJUT…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

SALAM HORMAT & SALAM SEJAHTERA KPD SEMUA PEMIMPIN HPA KHUSUSNYA DI BAWAH TADBIRAN KPA & PEMIMPIN HPA SELURUH MALAYSIA AMNYA.

KAMI BUKA RUANG INI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT, PANDANGAN & MAKLUMBALAS DARI ANDA SEMUA YANG BIJAKSANA & BERPENGALAMAN UNTUK KITA SAMA-SAMA DAPAT CUBA MENGATASI & MENANGANI ISU-ISU SEMASA YANG ADA BERKAITAN DENGAN KPA & HPA.

SEMOGA SUMBANGAN FIKIRAN & PERASAAN ANDA DAPAT MENAMBAHBAIKKAN KEADAAN KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG CUBA  MELAYAKKAN DIRI UNTUK DITERIMA OLEH-NYA. INSYALLAH.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Advertisement

13 Responses

  1. Mesyuarat komuniti Rawang semalam meminta pihak KPA dapat menghantar PJS yg betul-betul mahir dalam slot yg diberikan. Tarikh PBC berdekatan yg bertindih juga perlu difikirkan. Baru-baru ini peserta PBC di TTDI cuma 32 orang dan di Anjung Rahmat Gombak pula cuma 38 orang. Kedua-dua juga mengalami kerugian. Jika disatukan dalam satu tempat ada 70 orang yang sudah tentu ada untung dan 30% daripadanya boleh masuk dalam dana KPA.

    • Salam serta selamat hari raya aidil adha kepada rakan,sahabat2 hpa yang saya sayangi.
      Saya terpanggil utk turut serta dlam memberi pendapat diruangan ini kerana saya juga turut terlibat dalam mengurus pbc.
      Kepada Saudara PJS Jamaludin saya berpandangan jgn terlalu sangat tekankan keuntungan.Akantetapi cuba cari sebab akibat kenapa wujudnya pertindihan tarikh pbc dalam satu qariah.
      Pada hemat saya berlakunya pertindihan tarikh pbc dalam satu komuniti/komiti yang sama ada baiknya.Kerana pemimpin teratas dikomuniti/komiti terlibat sudah tidak berupaya menyatukan ukhwah dan atau seseorang pemimpin yang pada mulanya mendapat sokongan padu akantetapi disebabkan ketrampilannya makin lama makin terhakis disebabkan modal insan yang terjejas serta berlakunya perpecahan spt fitnah-memfitnah,cakap tak serupa bikin,mengamalkan peribahasa ini tak tahu menari menyalahkan tanah tak rata ataupun papan jongkang jongkit.
      Sebagai seorang PJS saya berharap agar saudara Jamaludin dapat menyeru kepada rakan-rakan lain yang setaraf agar dapat berpekerti sebagai seorang pemimpin yang berintegriti tinggi serta mendukung wawasan,misi dan visi Yang Berbahagia Tuan Haji Pengarah Urusan Satu agar kita semua sama-sama dapat merealisasikan harapan PU dalam mengembangkan produk Halal yang berlandaskan perjuangan dan dakwah.
      Seperkara lagi kita sedia maklum bahawa hanya hpa sahaja yang mengamalkan MLM Syariah.Maka justeru itu tindak tanduk kita semasa transaksi perniagaan hendaklah berpijak kepada bumi yang nyata atau dengan lain perkataan keperibadian kita hendaklah syumul melambangkan cakap serupa bikin………. SYARIAH.

  2. Salam sjhtera.
    Dh smpai masanya pengarah2 pbc peka ttg kehadiran peserta anjuran mereka.
    Sepatutnya mereka dah tau jumlah peserta yang dh confirm datang 3 hari sblum pbc dan sepatutnya berbincang untuk menyatukan kursus tersebut.
    Apapun ia ada hikmah, bljr la dari kesilapan. Perbaiki lg ukhwah & selalu mahasabah diri agar dapat memperbaiki keadaan.
    Wassalam.

  3. BOIKOT: Kalau difikir-fikir, rupa-rupanya…

    Kalau difikir-fikirkan, tindakan boikot ini telah wujud sejak dari azali lagi. Kalau difikir-fikir, setiap kali penghinaan Barat/Kristian terhadap Islam, maka bertempiklah umat Islam untuk boikot produk Yahudi Israel. Kalau difikir-fikir, bila Yahudi Israel bertindak kejam di Palestin maka berteriaklah umat Islam untuk boikot syarikat dan produk Yahudi Israel serta sekutu-kutunya. Kalau difikir-fikir, kita pun bersama-sama dgn penuh semangat untuk boikot. Kalau difikir-fikir, payah sungguh akhbar-akhbar utama dan kurang ternama menyiarkan senarai syarikat dan produk Yahudi Israel dan sekutunya. Kalau difikir-fikir, kenapa boikot hanya fokus kpd 3 produk sedangkan terdapat ribuan produk Yahudi Israel di luar sana. Rupa-rupanya, produk Yahudi Israel ini banyak sumbangannya kpd pendapatan cukai negara. Kalau difikir-fikir, tindakan boikot ini, jika berjaya, besar kesan buruknya kpd ekonomi Yahudi Israel dan sekutunya….jika berjaya. Rupa-rupanya, boikot ini tak pernah berjaya. Kalau difikir-fikir kenapa tidak berjaya. Rupa-rupanya, boikot kita hanya terhadap beberapa produk pilihan. Kita boikot 3 produk tetapi kita guna 30 produk Yahudi Israel yg lain. Kalau difikir-fikir balik kenapa kempen boikot gagal. Rupa-rupanya, boikot kita bermusim. Bila dihina, barulah kita boikot. Bila diserang, barulah kita boikot. Kalau difikir-fikir, sumbangan kewangan, tabung dana dan derma kita kpd rakyat Palestin seperti yg diumumkan memang banyak. Rupa-rupanya, sumbangan kita (dlm bentuk keuntungan produk syarikat Israel yg kita beli) kpd Yahudi Israel berkali-kali ganda banyaknya tetapi tidak pernah diumumkan. Kalau difikir-fikir, produk HPA yg begitu banyak ini wajib dijadikan sbg pilihan utama atau pengganti kpd produk Yahudi Israel yg ada di luar sana. Rupa-rupanya, kita di HPA ni, dah lama dah boikot produk Yahudi Israel. Insyaallah untuk selama-lamanya.

    Kalau difikir-fikir, memang tepat tindakan Kerajaan Malaysia, NGO-NGO dan yg lain-lain yg telah bertindak mengusulkan perhimpunan khas kpd PBB, kempen boikot, kempen tandatangan, demonstrasi aman dan sebagainya. Tahniah kpd mereka. Tetapi, rupa-rupanya, negara Venezuela telah terlebih awal bertindak.

    Tak larat dah nak difikir-fikirkan lagi. Minum kopi radix dulu. …”Mai Secawan….”

  4. Boikot Produk Yahudi : Tindakan Bersama

    Apa yang berlaku sekarang adalah kesan dari cara perbelanjaan kita sebagai pengguna dimasa-masa yang lampau.

    Dari pandangan peribadi saya, 80% pengguna Muslim hanya melihat apa yang terSURAT di pengiklanan produk tetapi tidak melihat secara mendalam apa yang terSIRAT. Maksudnya, tidakkah para pengguna terfikir tentang supply chain dan micro economy hasil dari perbelanjaan harian?

    Apabila saudara ISLAM di aniaya, semua tunjuk marah ….. bakar bendera …. baling kasut (kalau nak baling pastikan kasut yang terpakai dan dah rosak … silap-silap baling balik berkaki ayam ..) tetapi masih lagi minum Coca-Cola ( … Radix Cola kan ada) atau makan KFC (… Radix Fried Chicken kan ada) … dinner di Old Town White Coffee ( … Radix Oriental Cuisine kan ada). Maksud saya, sebahagian dari mereka yang menunjuk perasaan ini tak jujur …. cakap tak serupa bikin … lain di mulut lain hati …. hangat tahi ayam organik je.

    Kita kena sinergi. Walk our talk. Seperti falsafah Mao Tze Tung, ” sebatang chopstick mudah dipatahkan, tetapi segenggam chopstick …. cubalah tengok”

    Jumpa lagi di lain kali.

    Mohd Hatta Haji Kahar
    Naib Presiden
    FX070707 Persatuan Numismatik Malaysia

  5. Boleh letakkan senarai sume produk yahudi & israel yang perlu di boikot? or email it to me plz… i have known some, but im not really sure if i know all of their products that i might be using now.. i appreciate if u will be doing so.. tq.

  6. Assalamualaikum,

    Saya ingin saudara berfikir sejenak tentang perkiraan teknikal disini.

    Berapakah jumlah populasi penduduk Malaysia?
    Lebih kurang 27,000,000 orang.

    Berapakah jumlah populasi yang memerlukan penjagaan gigi setiap hari?
    Jika ditolak kanak-kanak dibawah 2 tahun (yang belum cukup gigi) dan warga emas (berumur 60 tahun ke atas), jumlahnya 19,000,000 termasuk semua bangsa Cina, India, Sikh, Melayu dan lain-lain yang memerlukan penjagaan gigi.

    Berapa faktor kekerapan membeli ubat gigi setiap bulan bagi setiap rumah dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 ahli keluarga?
    Satu soalan yang baik. Secara konvensional, saya andaikan 19,000,000 / 3 = 6,333,333 keluarga. Jika 2 kotak ubat gigi diperlukan setiap bulan setiap keluarga, 6,333,333 keluarga X 2 kotak X RM5 (ubat gigi HPA) = RM63,333,333 sebulan

    Dari jumlah tersebut, berapakah market share dan jumlah jualan untuk produk ubat gigi HPA?
    Katalah dipasaran sekarang ada produk Lion, Colgate, Neem, HPA, Safi, Najwa, Halagel, Darlie dll.
    Katalah market share 8% untuk HPA jadi jumlahnya RM5,066,666 sebulan bersamaan RM60,800,000 setahun …. banyak tu.

    Bagaimana dengan potensi?
    Potensinya cukup besar. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah jika semua ahli ganding tenaga dan kembangkan market share dari 8% ke 20% bermakna dalam setahun sahaja jumlah jualan akan mencapai RM152,000,000 ….. itu baru ubat gigi sahaja dan belum termasuk ratusan produk-produk yang lain.

    Saya berharap perkiraan teknikal di atas dapat membuka minda kita tentang potensi perniagaan dalam HPA. Saya ingin mendapatkan komen dari saudara bagi memantapkan fakta.

    InsyALLAH, HPA akan mencapai taraf global pada tahun 2020.

    Mohd Hatta Haji Kahar
    Naib Presiden
    Persatuan Numismatik Malaysia
    http://fx070707.blogspot.com

  7. Assalamualaikum w.b.t
    saudara2 ku teman sejati di hpa. ambo pernah mendengar seorang pjs hpa berkata, sekiranya kita tidak dapat membawa orang2 yang terdekat dgn kita bersama2 dlm hpa, kita masih seorang yang gagal dlm perjuangan…cnth suami isteri anak2,…BETOL KO …ha ni ambo nak cite sikit …nak ajak boikot produk yahudi, lg kuat boikot lg kuat dia support…nak ajak ke kelas pun tk mahu, 2x gagal, nak mintak beli brg hpa pun berat, 3x gagal,.. dah beli masih guna produk haram…aduhai…kuliah sudah, cerita sudah, tunjuk slot sudah, tunjuk bukti sudah, pujuk sudah,habis ikhtiar ambo doa,,,10 tahun, apa anda akan buat kalo di tempat ambo…..

  8. Tak perlu boikot-boikot nih.Yang penting perkasakan syarikat kita.Tingkatkan ilmu dan amal.

    • dgn cara kita perkasakan syarikat kita….inilah dinamakan boikot…
      dimana kita tidak lagi menggunakan prdct israel dan yahudi..
      kita gunakan prdct hpa seratus percent.

  9. subhanallah!!….kes ragut sekarng memang banyak…
    berhati-hati la kepada sesiapa yang gemar meletakkan beg tangan di seat belakang..

  10. Kpd sume pengedar hpa…

    lawati blog kami dari Kelab Komuniti Semabok Perdana (KPSP)
    di komuniti-kpsp.blogspot.com
    diharap, sume dapat m’beri komen yang membina supaya ianya lebih baik dan lebih menarik..

    Assalamualaikum…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: