SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN PERLANTIKAN AGEN STOK
<1>Pemohon mestilah telah menjadi pengedar kepada AL-WAHIDA MARKETING SDN. BHD.(Ahli HPA)
<2>Pemohon mestilah telah mengikut program Perkongsian Bijak Cemerlang terlebih dahulu.
<3>Pemohon mestilah mengisi borang permohonan Agen Stok dengan lengkap dan borang boleh didapati di semua Cawangan AL-WAHIDA MARKETING SDN BHD.
<4>Permohonan yang diluluskan mestilah membuat belian syarat di mana-mana Cawangan, Pusat Agensi, Pusat Jualan atau Pengurus Stokis yang ditetapkan oleh syarikat.
<5>Hanya permohonan yang diluluskan sahaja yang boleh membuat belian syarat.
<6>Semua Agen Stok mestilah membuat BELIAN PERIBADI sekurang-kuranngnya 50 nilai mata.
<7>Semua Agen Stok yang dilantik, dikehendaki menghantar LAPORAN AGEN STOK (LAS) yang mengandungi borang keahlian, invois, baki stok dan senarai laporan.
<8>LAPORAN AGEN STOK mestilah dihantar 3 kali dalam sebulan
- Laporan Pertama : 1hb – 10hb mestilah sampai ke HQ sebelum 15hb.
- Laporan Kedua : 11hb – 20hb mestialh sampai ke HQ sebelum 25hb.
- Laporan Ketiga : 21hb – 30hb mestilah sampai ke HQ sebelum 5hb pada bulan berikutnya.
LAPORAN AGEN STOK yang diterima lebih dari 10hb tidak akan diproses dan akan diproses pada bulan berikutnya.
Mana-mana agen stok yang gagal menghantar laporan tanpa sebab yang munasabah pihak syarikat boleh menamatkan statusnya.
Agen Stok tidak boleh membeli pada agen stok pada yang sama taraf atau lebih rendah dari padanya. Contohnya : Pengurus Stokis tidak boleh membeli dari Pengurus Stokis dan juga pada stokis.
Agen Stok mestilah menghadiri program –program atau mesyuarat Agen Stok yang dianjurkan oleh syarikat.
Etika Agen Stok
Sebagai seorang agen stok hendaklah mematuhi tatacara dan kehendak syarikat dengan cara memenuhi etika seperti di bawah:
a) Jujur
Agen stok hendaklah sentiasa jujur di dalam menguruskan dokumen yang berkaitan dengan invois, borang ahli dan Laporan Agen Stok (LAS)
b) Kualiti
Seorang Agen Stok hendaklah berkualiti di dalam penguasaan pengetahuan barangan , plan pemasaran, perkembanga syarikat serta bersikap positif terhadap syarikat.
c) Tepati masa
Agen Stok mestilah dapat menguruskan masa dengan sebaik mungkin untuk membolehkan pengedar mendapatkan barang. Agen Stok mestilah menghantar laporan setiap bulan.
Leave a Reply