KKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
Akhir-akhir ini telah muncul individu tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan nama HPA mewujudkan skim cepat kaya. Mereka menawarkan keuntungan yang tidak logik atas jumlah pelaburan tertentu. Disini Pihak HPA akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan nama HPA tidak tercemar dengan perniagaan haram yang salah disegi ugama dan undang-undang. Pengedar-pengedar HPA yang boleh memberikan maklumat lengkap sehingga tertangkapnya individu ini akan mendapat saguhati dari syarikat serta sijil penghargaan sebagai pengedar setia. HPA merupakan syarikat yang menentang Skim Cepat Kaya yang mengambil deposit dari orang ramai dengan cara yang salah. Kes ini akan diambil alih oleh peguam dan penasihat Undang-undang HPA (En Ghani). Bagi saya kemungkinan hal ini terjadi kerana nama HPA kini telah dikenali ramai. Pelaburan dalam HPA cuma di dalam Koperasi Wahida HPA sahaja. TK
(Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd (diambil dari blog PU: Inilah Jalan Kami; 23Okt08)
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Memang benar apa yang dikatakan oleh tuan pengarah urusan tentang skim cepat kayap tersebut.
Saya juga melihat perkara yang sama telah mula menular dalam HPA. Ramai pengedar dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab telah mengguna PBC sebagai medan untuk mengaut keuntungan dengan menghantar peserta-peserta di bawah umur had layak sebagai pengedar MLM.
Bahkan bukan sahaja individu tertentu mengajar anak-anak buahnya taktik kotor untuk mendapatkan prospek yang telah mendaftar sebagai pengedar, malah beberapa kumpulan dan kelab tertentu cuba meluaskan sayap mereka dengan pelbagai cara walaupun dengan melanggar peraturan MLM dan syariat.
Saya menyeru kepada semua yang ada mata hati, fenomena ini adalah ibarat “seorang yang duduk di bahagian bawah bahtera dan ingin mendapatkan air denga cara menebuk lubang pada lantai bahtera tersebut” dan sekiranya ianya tidak dicegah maka tunggulah keputusan dari ALLAH SWT apabila diturunkan-NYA BALA maka terkena pada semua orang termasuklah “ORANG ‘ALIM YANG BISU”.
LA ILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINNAZOLIMIN