Kekejaman tentera Israel/Yahudi yang berlanjutan sehingga 3 minggu telah banyak meragut nyawa umat Islam Palestin yang tidak berdosa. Sehingga kini kematian dianggarkan hampir 900 orang, dan wanita serta kanak-kanak adalah mangsa yang paling ramai. Apakah tindakan kita sebagai umat Islam yang prihatin terhadap saudara kita di Palestin? Selain memboikot produk-produk Yahudi dan Amerika, bantuan kewangan juga perlu kita salurkan kepada mereka.
Atas dasar itu, KPA (Kelab Pemimpin AlWahida) melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin dan memohon setiap Kelab dan Komuniti mengambil inisiatif ini dengan menubuhkan Tabung Kemanusiaan Palestin masing-masing. Dana yang telah dikumpulkan bolehlah diserahkan kepada Ketua Unit Kebajikan KPA, PJS Tn Hj Shahir Naim di talian 013 3839238. Sila hebahkan mengenai perkara ini di dalam kelas-kelas mingguan dan PBC. Mudah-mudahan usaha kita ini dikira sebagai satu amal jariah oleh Allah SWT. InsyaAllah.
Siru ‘Ala Barkatillah.
Presiden KPA
ASKM,SY SYAFIQ AHLI HPA KAWASAN SHAH ALAM NAK CADANGKAN BUAT AKAUN BANK BAGI TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN,BARU SENANG NAK DERMA!!!!BOLEH HUBUNGI SY DI NO 0193790586(SYAFIQ).