AGENDA #1: MESYUARAT PBC IPOH
TARIKH: 15 JUN, 2009 [ISNIN]
MASA: 9:30 MALAM
Alhamdulillah, kami ahli tribunal KPA yang terdiri daripada PJS Hafidzan, PJS Rosmandi, PJS Hj Marjuni dan PJS Ramly telah berlepas ke Ipoh pada tengahari hari Isnin untuk bermesyuarat dengan pemimpin HPA di Perak untuk mengadakan PBC di Ipoh.
![]() Satu Fikir Satu Hati |
![]() Kami Dengar Dan Taat |
Pemimpin HPA Perak yang hadir semuanya dari luar bandar Ipoh. Amat menyedihkan kerana selama ini tiada pemimpin HPA yang dapat dilahirkan dari penduduk setempat.
Walaubagaimanapun, mesyuarat telah dapat dijalankan dengan baik sekali dengan pemimpin yang ada. Mereka telah meminta pihak kami untuk datang sekali lagi pada malam kelas mingguan hari jumaat jam 9 malam yang akan datang untuk mengadakan gerak gempur dalam program Pra_PBC.
![]() Merancang, Berusaha, Berjaya |
![]() Pelapis Generasi Baru |
![]() Gandingan Pemimpin Mantap Dengan Nazam HPA |
Leave a Reply