PROGRAM GEN-2

MENJANA PEMIMPIN BERHEMAH

TEMPAT: EXCEL TRAINING RESORTS, LENGGENG. NEGERI SEMBILAN.

TARIKH: 28 & 29 MAC, 2009

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH; kerana dengan rahmat-NYA unit latihan KPA di bawah kepimpinan PJS Rosmandi dan TEAMnya dapat juga akhirnya mengadakan satu kursus yang bertujuan untuk memantapkan lagi pemimpin-pemimpin HPA di dalam zon tadbiran KPA.

peserta awal pendaftaran peserta

Buat julung-julung kalinya kursus ini diadakan di bawah TEAM KPA yang baru, seramai 82 orang pemimpin HPA yang berpangkat PJX keatas; dari Johor, Melaka, Negri Sembilan, Selangor, WP dan Perak telah mengikuti program kepimpinan ini. Mereka diletakkan di bawah selian 15 orang PJS.

Juru Acara Program

Juru Acara Program

Sedia terima arahan

Sedia terima arahan

Dalam sessi pagi, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil selaku setiausaha Panel Syariah HPA telah memulakan majlis dengan membacakan doa memohon keberkatan kursus yang akan diadakan. Selepas itu peserta telah dapat mendengar ucapan alu-aluan dari Pengarah Program; PJS Rosmandi dan diikuti oleh ucapan Presiden KPA; PJS Hafidzan.

Pemimpin Perlu Beri Komitmen

Pemimpin Perlu Beri Komitmen

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd; Encik Mohd Faisol yang turut dijemput telah menyampaikan amanatnya dengan panjang lebar dan mengakhiri ucapannya dengan merasmikan Kursus Menjana Pemimpin Berhemah ini dengan bacaan Ummul Kitab beramai-ramai.

Dengar amanat GM

Dengar amanat GM

sebahagian yang hadir

sebahagian yang hadir

Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil yang dijemput khas dari HQ telah diberi satu slot dan beliau telah menjelaskan tentang apa yang dikatakan MLM Syariah, kefahaman dan konsepnya. Tentang perniagaan yang dijalankan oleh HPA, beliau menjelaskan bahawa HPA adalah sebuah syarikat yang menjalankan urusniaganya secara MLM dan mempunyai satu badan panel syariah.

Pemimpin Wanita Perak

Pemimpin Wanita Perak

MLM Syariah

MLM Syariah

Pemimpin Kelang

Pemimpin Kelang

URUSETIA KURSUS DAN PESERTA GEN-2

Urusetia Kursus

Urusetia Kursus

"Ayam Panggang HPA"

"Ayam Panggang HPA"

LDK Halal Haram

LDK Halal Haram

FASILITATOR DENGAN “ANAK BUAH”

Kumpulan Rosel

Kumpulan Rosel

Kumpulan Tuju Angin

Kumpulan Tuju Angin

"IBU" kepada pemimpin

"IBU" kepada pemimpin

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Buat Sungguh2

Buat Sungguh2

Beri Tumpuan

Beri Tumpuan

Kita Tunjuk Kesungguhan

Kita Tunjuk Kesungguhan

MODUL-MODUL KURSUS GEN-2

MODUL 01: MLM SYARIAH – USTAZ AHMAD ADNAN

MODUL 02: TUGAS & PERANAN PEMIMPIN HPA – GM ENCIK FAISOL A RAHMAN

MODUL 03: GERAKERJA USAHAWAN MLM HPA – PJS HAFIDZAN

MODUL 04: TEKNIK PENAJAAN BERKESAN – PJM CIKGU MURAD

MODUL 05: MODUL TENTATIF PBC – PJM ROSMANDI ISHAK

MODUL 06: TEKNIK UCAPAN BERKESAN – BADRUL SANI [AMPAC]

MODUL 07: TUGAS & PERANAN FASILITATOR HPA – PJM KHALID ISKRI

MODUL 08: KAEDAH PENGURUSAN PBC – PJM HABIBAH

PEMBENTANG MODUL & FASILITATOR

Berikan Yang Terbaik

Berikan Yang Terbaik

Makan Tengahari

Makan Tengahari

Sentiasa Berdisiplin

Sentiasa Berdisiplin

LDK GERAKERJA USAHAWAN MLM

Sessi Brainstorming

Sessi Brainstorming

Kami Ingin Gempur

Kami Ingin Gempur

Kursus ni best!!!

Kursus ni best!!!

Dengar Taklimat Pemimpin

Dengar Taklimat Pemimpin

Gigit Cara Ribat

Gigit Cara Ribat

Ustaz A Razak

Ustaz A Razak

Sdr Hazuan

Sdr Hazuan

Kami akan bernasyid ..

Kami akan bernasyid ..

Gabungan Jejaka Tampan

Gabungan Jejaka Tampan

Program hari pertama di akhiri dengan modul “TEKNIK BIJAK BERBICARA” yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan; Sdr Badrul Sani dari Az-Zahrah Multi_Intelligence Academy [AMPAC]. Peserta kursus telah disajikan dengan satu pendekatan yang mudah dan berkesan, seperti penggunaan “body language” yang betul dan konsep JUST DO IT.

3 Rahsia Pembicara Gemilang

3 Rahsia Pembicara Gemilang


Dewan juga telah digamatkan dengan humor ‘hantu’ dan senyum 3 oleh penceramah yang berpengalaman luas. Beliau juga telah memberi tips untuk menjadi pembicara gemilang dan teknik “Tsunami Rescue” yang menyebabkan peserta “pecah perut”. Adalah satu kerugian kepada mereka yang tidak hadir dalam kursus yang sangat memberi manfaat ini.

3 Responses

  1. الحمد لله ana antara peserta yang terbaru dalam HPA berpeluang mengikuti GEN2. Byk ilmu yang ana dpt untuk dimanfaatkan disamping mmantapkan lagi kefahaman ana mengenai HPA. Semoga produk halal lagi baik dlm HPA ini akan menjadi produk keluaran yang utama dipakai di MALAYSIA khasnya dan dunia umumnya. إن شاء الله MARTABATKAN PRODUK HALAL HPA. GEMMMMMMPURRR!!!

  2. Salam,,camna nak tengok gmbar yang banyak2 lagi??

Leave a reply to kpahpa Cancel reply