Syarat PBC

long_line_6402

DEMI MEMANTAPKAN PBC

PEKELILING PBC 2009, Berkuatkuasa mula 09MEI, 2009.

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Pihak syarikat telah menetapkan satu pekeliling baru bagi program PBC 2009.

1. Peserta yang berumur 17 tahun kebawah tidak dibenarkan mengikuti Program PBC ( Timbul masalah komunikasi dikalangan peserta ).

2. Proksi yang dibenarkan hanyalah ibu atau bapa sahaja. Orang lain tidak dibenarkan sama sekali.

3. Kanak – kanak yang dibenarkan untuk ditaja oleh ibu atau bapa adalah atas faktor pewarisan.

4. Setiap program PBC yang diadakan,WAJIB ada sekurang – kurangnya tiga (3) orang PJS bagi kapasiti peserta 30 orang keatas dan tinggal bersama sepanjang program berlangsung ( 2 hari 1 malam ).

5. Pihak syarikat memandang serius dan TIDAK AKAN MENGIKTIRAF mana–mana program PBC yang tidak mematuhi arahan tersebut (PROGRAM TERSEBUT DIANGGAP TIDAK SAH DAN SECARA AUTOMATIK TERBATAL KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT PLX BAGI PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM TERSEBUT ).

De petik dari blog GM

long_line_6402

Syarat dan Peraturan Penganjuran PBC bagi Zon KPA

1. Menghantar permohonan mengadakan PBC pada bulan akan datang selewat-lewatnya pada 7hb pada bulan sebelumnya. Contoh : PBC pada bulan Disember, permohonan pada 7hb November. Permohonan hendaklah dihantar kepada Presiden KPA atau Setiausaha KPA.

2. Menghantar laporan PBC yang telah dianjurkan kepada SU KPA iaitu 1 minggu selepas program diadakan. Laporan PBC tersebut mestilah mengandungi perjalanan program, PJS terlibat, bilangan peserta dan laporan kewangan.

3. PBC yang dianjurkan hendaklah melibatkan pemantau/fasilitator dan pembentang modul di kalangan PJS KPA.

4. Keuntungan dari menganjurkan PBC sebanyak 30% oleh AHLI KELAB KPA & 50% oleh bukan AHLI KELAB KPA hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Dana KPA. Ianya hendaklah diserahkan terus kepada Bendahari KPA, PJS Habibah Yusof atau melalui akaun BIMB, 05-058-01-001188-5. Atas nama Siti Habibah Yusof.

5. Program PBC yang telah diluluskan akan dimasukkan dan dikemaskini ke dalam blog KPA dan penganjur PBC perlulah merujuk blog dari masa ke semasa.

TERIMA KASIH

Advertisement
%d bloggers like this: