Alhamdulillah, PBC Balok kali ini di adakan di Seaview Beach Resort. Penyertaan tidak memberangsangkan kerana penarikan diri oleh peserta di saat-saat akhir.
Pemimpin-pemimpin yang hadir termasuklah PJS Zainal, PJS Ramly, PJE Sani, PJ Safariah, PJ Azman dan PJ Shahilawti.
LIHAT GAMBAR-GAMBAR PBC D SEAVIEW RESORT BALOK
Salam sejahtera dan selamat berjumpa kembali kepada semua pengunjung setia blog kpa2u ini
Setelah selesai mesyuarat kowahida kawasan bagi zon tengah, selatan, sabah dan sarawak; yang diadakan di HPA Cawangan Nilai pada 30hb Mei, 2009, saya bersama isteri dan anak bongsu telah bergegas ke Balok, Kuantan untuk menghadiri PBC yang diadakan di Duta Village Resort.

Mengendalikan Mesy Kowahida Kawasan Di HPA Nilai
Kami sampai ke destinasi lebih kurang jam 8 malam; dan terus check-in ke chalet no 143. Setelah solat saya telah ke dewan di mana PBC berlangsung dan telah diperkenalkan kepada peserta dan beramah mesra dengan mereka.
Slot malam bintang-bintang telah diisi oleh PJS Rosmandi yang telah berkongsi pengalaman beliau semenjak menyertai HPA dari tahun 1996.
KLIK UNTUK BACA CERITA SELANJUTNYA …
TARIKH: 18 & 19 APRIL, 2009
TEMPAT: FANTASIA BEACH RESORTS, PANTAI BALOK. KUANTAN
Alhamdulillah, seramai 39 orang telah mendaftarkan diri untuk kursus kali ini. Peserta lelaki terdiri daripada 16 orang.
Modul pertama, Produk Halal & Haram telah disampaikan oleh PJE Cikgu Sani Ibrahim yang telah datang dari Padang Rengas, Perak untuk membantu rakaniaganya disini untuk menjayakan kursus PBC.
Beliau juga telah menyampaikan modul kedua tentang “Kenali Syarikat” secara mendalam.
Dalam modul takruf, 5 kumpulan telah dibentuk terdiri dari 8 orang setiap kumpulan. Kumpulan-kumpulan yang dibentuk adalah Wawasan Srikandi, Rosel, RFC, Centella White dan D Centella.
PJS Zainal telah menyampaikan modul PELAN PEMASARAN HPA dan STRATEGI MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA melalui PBC.
PBC ANJURAN KPA, BERMULA DI LENGGONG BERCAMBAH DI BALOK, KUANTAN
TARIKH: 7 & 8 FEB 2009
TEMPAT: FANTASIA BEACH RESORT, BALOK. KUANTAN
![]() Penyelaras Pendaftaran Peserta |
![]() Peserta Kelompok Awal |
![]() USTAZ Ahmad, PJS Hj Zainal, PJE Cikgu Sani |
![]() PJE Cikgu Sani, HJ Zaidon (KLumpur) |
![]() Herbalis INTIBAH 2003 Terbaik |
![]() Membantu Anak2 Buah |
[…] PBC BALOK, KUANTAN […]
[…] PBC BALOK, KUANTAN […]
baru mengenali HPA 3 bulan yang lalu. Mencari rakan kongsi bukan bertujuan untuk naik pangkat tetapi untuk meramaikan umat islam menggunakan produk HPA. Gempur habis-habisan agar setiap rumah di kawasan saya menggunakan produk HPA.Alhamdulillah usaha ini telah menampakkan hasil. Pengisian PBC juga penting dititikberatkan.Bantuan upline amat diharapkan dalam apa jua situasi. Saya akan teruskan perjuangan ini tanpa gundah gulana lagi kerana nawaitu perlu bersih dan ikhlas. Perawatan untuk masyarakat jangan diabaikan. Allah akan bersama kita selagi kita mengutamakan kehendakNYA.