MASYAALLAH. KONVEK 2009 di MAEPS Serdang, Selangor baru berlalu dan telah meninggalkan pelbagai kenangan manis. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya menerima anugerah dan kepada mereka yang kurang bernasib baik teruskan berusaha, kerana laluan di hadapan anda masih luas terbentang.
Majlis KONVEK adalah merupakan satu majlis ‘Hariraya HPA’; di mana berhimpunnya pengedar-pengedar HPA dari seluruh Malaysia untuk menyaksikan majlis pengiktirafan dan penganugerahan oleh HPA kepada pemimpin-pemimpin dan pengedar-pengedar yang telah menunjukkan satu prestasi kerja yang luar biasa yang mana telah membantu melonjakkan jualan syarikat mencapai RM15 juta sebulan.
Anugerah yang disampaikan bukanlah merupakan matlamat utama dalam perjuangan HPA tetapi yang lebih penting ialah keikhlasan hati dan kesatuan fikir dalam memperjuangkan misi dan visi HPA untuk mengenengahkan produk HALAL LAGI TOYYIB bagi menyelamatkan umat Islam dari terus disogokkan dengan produk SUBHAH dan HARAM.
Semenjak HPA memasuki era MLM pada 10 Jan 1997, syarikat milik umat Islam ini telah berjaya mengharungi berbagai cabaran dan dugaan yang dilalui. Cabaran diperingkat awal sekitar tahun 2000 adalah merupakan saringan Allah SWT untuk mengekalkan pengedar-pengedar yang menjiwai perjuangan HPA. Cabaran dan dugaan masakini; ketika HPA berada dipuncak kejayaan adalah ujian peningkatan. Mereka yang terlekat kepada 3 TA iaitu TAKHTA, HARTA dan WANITA akan kecundang untuk mencapai matlamat asal manusia itu dijadikan yakni kehambaan kepada ALLAH SWT.
KONVEK yang telah pergi sudah pasti tidak dapat memuaskan hati dan memenuhi citarasa semua pihak. Oleh itu semua pihak yang terlibat amat perlu berbaik sangka dengan membetulkan niat iaitu BUAT KERANA ALLAH. Tumpukan perhatian kepada perkembangan HPA seperti yang di warwarkan oleh Tuan Pengarah Urusan HPA dalam ucaptamanya kerana banyak kerja yang perlu dibuat dan untuk mencapai sesuatu matlamat perlu kepada pengorbanan yang tidak terhingga banyaknya.
Tahniah kepada team pengurusan HPA yang istiqomah dalam meneruskan perjuangan dan menghadapi karenah semua pengedar dan pemimpin HPA seluruh negara. Pengorbanan yang ditunjukkan merupakan satu jihad yang tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan ganjaran yang disediakan oleh AL KHALIQ di akhirat yang kekal abadi
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah, terutama kepada DOTY yang terpilih. Ini adalah merupakan satu tanda penghargaan di atas usaha gigih anda dalam usaha memartabatkan HPA dan PERJUANGANNYA yang tidak mengenal hujungnya.
Semuga menjadi contoh teladan kepada semua pengedar tidak kira dari kumpulan mana sekalipun; mudah-mudahan pengorbanan anda semua menjadi ikutan kepada pengedar generasi baru yang kian berkembang di seluruh nusantara.
SEMUGA BERJUMPA LAGI | INSYALLAH DI KONVEK 2010 |
Leave a Reply