13-Isu Tidak Bole Beli Produk Atas Nama Agen Stok

SALAM SELURUH WARGA HPA MALAYSIA.

Setelah surat arahan di keluarkan mengenai larangan pembelian produk menggunakan nama agen stok, saya mendapati banyak rungutan yang mengatakan kenapa arahan ini di keluarkan.

Berikut adalah kenyataan resmi dari saya.

1. Kita mendapati kebanyakan agen stok menghantar lewat lapuran kerana terpaksa menunggu inbois pembelian dari pengedar yang membeli atas nama mana-mana agen stok. Ini menyulitkan kerja di bahagian MIS bila berlaku apa yang dikatakan “sistem tukar inbois”, maka akan berlakulah banyak kesilapan dan akhirnya kita menerima terlalu banyak rungutan dari pengedar PBC yang tidak mendapat bonus.

2. Sebahagian besar agen stok termasuk juga pusat jualan didapati tiada stok yang sepatutnya, sebaliknya menggunakan stok cawangan dan mengarahkan staff cawangan membuka inbois bagi pihak mereka.

3. Bagi pengedar yang terlibat dengan PBC, boleh membeli dalam jumlah berperingkat-peringkat di mana-mana cawangan atau agen stok bagi mencukupkan 300NM (tidak perlu membeli sekali gus) tidak timbul perlu menggunakan hanya satu agen stok.

Sehubungan dengan itu, saya berharap semua agen stok seharusnya memiliki stoknya yang tersendiri dan tidak hanya berperanan menggunakan mereka yang datang membeli di cawangan. GM amat berharap selepas ini tidak akan ujud apa yang dikatakan “agen stok atas angin” dan hanya mengambil kesempatan untuk meraih bonus jualan stok.

Ada yang mengatakan larangan ini merumitkan peserta PBC adalah tidak benar sama sekali.

Bagi pengedar yang hendak maintain nilaimata PBC

1. Boleh beli di mana-mana cawangan dan agen stok sebanyak 300NM bila-bila masa dalam bulan yang sama dan dapatkan salinan invois

2. Sebelum menghantar borang pink dan salinan hendaklah diphotastat terlebih dahulu borang pink dan salinan invois sebagai bukti salinan .

3. Borang pink dan salinan invois tersebut boleh di pos sendiri atau dikirim melalui cawangan .

Mengenai sesiapa yang ingin memohon sebagai agen stok khususnya Pusat Jualan, GM telah nyatakan lebih awal dulu bahawa seseorang yang berhasrat menjadi Pusat Jualan perlu melihat kepada beberapa faktor dan diantaranya adalah kekuatan rangkaian dan memudahkan rangkaian khususnya mendapatkan produk disamping melayan di luar rangkaian.

Kekuatan Pusat Jualan tidak boleh bergantung pada rangkaian luar semata-mata. Bonus Jualan Stok tidak boleh diharap menampung kerani, letrik, api, air, minyak, sewa dan sebagainya.

Mengenai isu “bonus agen stok atas angin” adalah suatu realiti tidak sihat berlaku dikalangan agen stok. GM sendiri melihat sebahagian besar agen stok yang melakukan tindakan sedemikian.

Jadi sesuatu yang tidak sihat kita wajar rawati dan semasa rawat semestinya ada yang merasai kesakitannya. Namun penderitaan tersebut tidak akan parah selamanya. Keadaan akan kembali kepada normalnya.

Perjuangan tetap diteruskan walau dalam apa keadaan sekali pun….

GM sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan nama agen stok semasa pembelian barang adalah di larang sama sekali. Saya mengingatkan staf cawangan supaya mematuhi arahan tersebut.
Kepada para peserta PBC, disini cadangan bagi penyelesaian masaalah tersebut;

1. Pembelian yang dilakukan di cawangan oleh pengedar pada bulan sebelum hadzir ke PBC adalah diambilkira sebagai pembelian bersyarat untuk melayakan beliau naik pangkat. Contoh – A masuk pbc bulan jun09. A dah buat pembelian 150NM pada bulan Mei09 di cawangan dan menerima bonus sebanyak rm15.00. Lalu A membuat pembelian lagi sebanyak 150nm pada bulan jun09 dan ini akan melayakannya menerima bonus RM30+BPS serta berpangkat PLX. Kita cuma benarkan tempoh dua bulan pembelian 300NM biarpun berapa kali pembelian. Ini akan menyelesaikan banyak masalah. rungutan pemimpin cuma sebab tak boleh simpan, kalau beli di cawangan dianggap sebagai simpanan semua masalah boleh selesai.

2. Kalau lepas masuk PBC pada bulan jun09 baru A membuat pembelian – contoh 100nm pada bulan jun A akan terima bonus RM10.00 untuk bulan jun. Pada bulan julai A perlu buat pembelian pula sebanyak 200nm dan menerima bonus rm40+BPS.

Apa yang penting peserta PBC perlu menghantar borang PINK dan salinan inbois yang membuktikan telah mengumpulkan 300NM dalam jangka waktu 2 bulan. Sila pastikan salinan inbois di photokopi untuk simpanan rekod peribadi.

Saya rasa ini satu perkara yang praktikal untuk dilakukan dan boleh menyelesaikan masalah di kedua2 belah pihak. Isu yang berbangkit bukannya pembelian 300NM dalam satu invois tetapi bagaimana mengumpulkan 300NM kedalam satu bulan.

DI PETIK DRPD BLOG GM…

Selepas kenyataan ini GM berharap tiada lagi permasalahaan akan timbul.

2 Responses

  1. Salam, bagi student memang susah untuk mengumpul 300nm dalam masa 2 bulan. masalah mereka adalah kekurangan wang untuk membuat pembelian selama 300nm dalam masa 2 bulan. tapi mereka sangat-sangat nak ke PBC. Bagaimana cara mengatasi masalah ini?

  2. Assalamualaikum, saya sokong dengan pendapat musyrif. Masalah akan timbul kepada golongan yang berpedapatan rendah seperti students, pekerja kilang, petani kampung dan staf bawahan kerana mereka ini yang nak sangat melakukan side income.

    Yang sudah memiliki pendapatan yang tinggi tidak mungkin ingin melakukan perniagaan ini kecuali jika mereka benar-benar ikhlas dan faham akan perjuangan HPA.

    Jadi, kami daripada golongan yang berpedapatan rendah ini tidak mungkin dapat membeli 300NM dalam masa 2 bulan berturut-turut.

    Solusi untuk permasalahan ini saya nampak hanya ada dua kaedah:
    1)Membenarkan kami untuk mengumpul NM selama beberapa bulan semula (seperti kaedah lama) sebelum PBC.
    2)Mengurangkan NM untuk dikumpulkan.

    antara sebabnya kami memerlukan kewangan untuk ke PBC (yang bukan murah bg kami dari golongan berpendapatan rendah) dan 300NM tu bukanlah dengan free lunch je dapat tapi dengan duit juga yang dlm anggaran kami hampir RM800. Jdi bukan mudah untuk kami mengeluarkan RM400 sebulan mcm tu je…Harap Tn Hj Ismail dan staf-staf HPA dapat mengkaji semula arahan ini.

    Sekian Terima Kasih

Leave a comment