HOTEL DE PALMA AMPANG (PBC RAMADHAN)
TARIKH: 29 & 30 OGOS, 2009
Ramadhan bukanlah bulan untuk berehat malah pernah menjadi bulan yang Rasulullah S.A.W dan para sahabat berjuang bermatian-matian dalam perang Badar. Perjuangan untuk menegakkan syiar Islam dalam setiap aspek kehidupan tidak pernah lentur walaupun dalam bulan Ramadhan yang mubarak.
PBC anjuran KPA yang diadakan pada minggu ini berlaku di 3 tempat serentak; iaitu di Melaka, Seremban dan di De Palma Hotel Ampang. Kali ini saya berkesempatan untuk hadir di PBC di Hotel De Palma Ampang. Peserta kursus kali ini seramai 55 orang dan di pantau oleh PJS Hj Zainal sebagai pengarah program dan di bantu oleh PJS Siti Habibah, PJS Radiyati, PJS Ramly, PJS Hafidzan, PJS Jumani dan PJS Abdullah Rahim.
![]() |
![]() |
Walaupun dalam bulan Ramadhan, penyertaan para peserta amat memberansangkan dan kerjasama yang diberikan amat baik. Komitmen yang diberikan amat tinggi.
![]() |
![]() |
Saya telah diberikan tanggungjawab untuk memberikan taklimat tentang PERUBATAN JAWI dan keunikan kaedah perawatan yang akan membebaskan ummah ini dari menggunakan ubatan yang meragukan.
![]() |
![]() |
PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Untuk mencapai kesihatan sejati tubuh mestilah dibersihkan dari segala kotoran. Insyallah lagi bersih badan kita, maka lagi sihatlah tubuh. Mereka yang selalu sakit sudah pastilah badannya dipenuhi dengan kotoran yang tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna.
QIAMULAIL & MAKAN SAHUR
SENAMAN PERNAFASAN
MACAMANA NAK BERJAYA BERSAMA HPA
HOTEL RESIDENCE, UNITEN. BANGI.
TARIKH: 13 & 14 JUN, 2009
Alhamdulillah, PBC kali ini dikendali sepenuhnya oleh KPA yang di terajui oleh PJM Hafidzan sebagai pengarah program dan dibantu oleh PJS Fatin, PJS Aznin, PJS Radiyati, PJS Zamri, PJS Zaimah dan PJS Ramly.
![]() |
![]() |
Pendaftaran peserta telah bermula dari jam 8:30 pagi. 87 pengedar bertauliah HPA telah mendaftar untuk menyertai kursus pada kali ini.
Kursus telah dimulakan tepat jam 9:00 pagi dengan sessi takruf motivator dan fasilitator kepada peserta dan diikuti dengan ucapan Presiden KPA merangkap pengarah program PBC dan merasmikan kursus.
![]() Kyusuk Dengar Taklimat |
![]() Dari Berbagai Tempat |
![]() Sessi Takruf |
Modul pertama “Kenali HPA” telah disampaikan oleh PJS Zamri. Beliau telah menerangkan kepada peserta sejarah HPA dari awal penubuhannya sehinggalah ke zaman kegemilangnya masakini.
PJS Ramly telah menyampaikan slot “Herbalisma & Sinergi Produk” sebagai mengisi modul kedua kursus.
![]() HPA Bole Bole Bole |
![]() Sentiasa Bersedia |
![]() Sepenuh Hati |
DE PALMA HOTEL. SEKSYEN 19 SHAH ALAM
TARIKH: 14 & 15 MAC 2009
Sekalung tahniah kepada AJK Komuniti Shah Alam, walaupun baru ditubuhkan pada 29hb Jan, 09 tetapi telah berjaya mengadakan PBC yang pertama bagi mereka dengan berkat kerjasama bersama KPA.
![]() bakal penggempur kosalam |
![]() bakal penggempur kosalam |
Keseluruhan modul kursus PBC kali ini telah diisi sepenuhnya oleh PJS KPA yang mahir dalam bidang masing-masing dan telah mendapat ‘response’ yang baik dari peserta
![]() muafakat bawa berkat |
![]() sessi "pecah otak" |
AJK KOSALAM yang bersemangat dan berpengalaman dalam bidang pengurusan, juga telah banyak membantu dan memberikan kerjasama yang tidak terhingga untuk menjayakan program kali ini.
![]() Bersedia Melakukan Riadah |
![]() Berpeluh Keluarkan Toksid |
Dalam PBC ini, pihak urusetia banyak menekankan dari aspek bekerjasama dan komunikasi dua hala; yang direalisasikan dalam bentuk LDK. Para peserta secara aktif telah mengambil bahagian sepenuhnya disamping membantu rakan-rakan seperjuangan mereka agar mereka boleh berjaya. Semuga semangat berpasukan ini dapat diterapkan dalam setiap aspek kehidupan kita. AMIN
![]() Usaha Gigihmu Tidak Akan Disia-siakan |
HOTEL RESIDENCE, UNITEN. BANGI
TARIKH: 28 FEB & 01 MAC 2009
Kali ini saya berkesempatan untuk menghadiri PBC yang dianjurkan di Hotel Residence, Bangi. Kehadiran sangat memberangsangkan dan jumlah peserta sekitar 96 orang; kebanyakkannya wanita.
![]() Tumpu Pada Taklimat |
![]() Diagnos Tapak Tangan |
Setelah dua kali pihak penganjur gagal untuk mendapatkan saya untuk mengisikan slot modul “SINERGI PRODUK” dan akhirnya pada kali ini mereka berhasil.
![]() Lebihkan Sinergi Ilahiah daripada Alamiah |
Pada asasnya, sinergi terbahagi 3. Pertama sinergi wajib dengan tujuan untuk menguatkan imuniti. Kedua sinergi asas yang mana ia bergantung kepada hasil diagnos yang dijalankan dan ketiga sinergi pelengkap untuk merawat gejala penyakit yang timbul.
![]() Merah Tanda Bahaya |
![]() Menambat Hati Prospek |
Dalam rangka untuk mencapai sesuatu kejayaan, perlu ada sinergi di antara yang muda dengan yang tua; ia meningkatkan potensi keberkesanan sesuatu rawatan samada rawatan spiritual mahupun rawatan fizikal.
[…] PBC KPA […]
semoga ape yg kita perjuangkan d rahmati Allah s.w.t
demi satu perjuangan kita perlu kuat dalam membentuk perpaduan ummah………Takbirrrrr…..!!!
ye..betol tu en urisam buang…dn ingat…
jgn lah kite melupakan p’kataan syariah yg selalu meniti di bibir kite sume.
sama2 lah kite muhasabahkan diri kite…insyaallah…
http://komunitimelaka.blogspot.com
sila buka blog kami…diaharap, segala komen yg bernas dpt menaiktarafkan blog kami