2009-06-19 PRA-PBC

AGENDA #2: PRA-PBC IPOH

TARIKH: 19 JUN, 2009 [JUMAAT] MASA: 9:00 MALAM

Dalam minggu ini, kami turun lagi ke Ipoh buat kali keduanya untuk mengadakan program Pra PBC di HPA Cawangan Ipoh. Selalunya setiap jumaat jam 9 malam saya akan berada di pusat rawatan saya untuk memberi kuliah Perubatan JAWI secara percuma kepada pengedar-pengedar yang hadir.

Kami sampai di Cawangan Ipoh hampir maghrib. Beberapa pemimpin dari Sri Manjung seperti PJS Jamaludin, Herbalis PJE Rahaizan dan anak-buahnya menyusuli selepas itu.

Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden KPA PJM Hafidzan, Timbalan Presiden PJM Rosmandi, PJM Khalid Iskri dan PJS Hj Ramly. Pimpinan tempatan, PJS Jamaluddin dan PJS Khalilah serta beberapa Pengarah Jati telah turut hadir dalam program tersebut. Acara telah dimulakan dengan bacaan Nazam HPA oleh semua hadirin yang diketuai oleh PJE Rahaizan.

Menghayati Nazam HPA

Menghayati Nazam HPA

Bersatu Dalam Kebaikan

Bersatu Dalam Kebaikan

Program PRA PBC yang dijalankan di HPA Cawangan Ipoh kali ini telah mendapat sambutan hangat apabila telah dihadiri kira-kira 100 peserta dari sekitar Ipoh dan kawasan berhampiran. Program tersebut dijalankan bertujuan memberi pendedahan kepada ahli-ahli baru yang belum hadir PBC tentang persediaan dan pengisian yang dijalankan semasa Program PBC yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Jun 2009.

Datang Untuk Terima Amanat

Datang Untuk Terima Amanat

Tiga tajuk utama telah dibentangkan kepada hadirin iaitu Kenali HPA yang disampaikan oleh PJM Rosmandi, Konsep Perubatan JAWI oleh PJS Ramly dan PBC, Manfaatnya Kepada HPA dan Pengedar oleh PJM Hafidzan. PJM Khalid Iskri yang baru kembali ke Malaysia setelah bercuti bersama keluarga di Eropah telah memberikan suntikan semangat dalam slot motivasi ringkas.

Tumpu dan Fokus Matlamat

Tumpu dan Fokus Matlamat

Program di akhiri dengan cabutan bertuah dan tamat pada jam 11.30 malam dan ianya telah dapat menambat hati para hadirin untuk terus berjuang bersama HPA dan pihak penganjur PBC berharap dapat mengumpul seramai 150 orang peserta dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang(PBC) yang akan diadakan pada hujung bulan Jun ini di Hotel Seri Malaysia.

Tengok Sapa Yang Kena

Tengok Sapa Yang Kena

Gempur HPA Gempur

Gempur HPA Gempur

Hanya Pada Allah Tempat Pergantungan

Hanya Pada Allah Tempat Pergantungan

Leave a comment